KEK PISANG

Saturday, June 28, 2014

SALAM RAMADAN BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN DI LUAR SANA !!!!










AYAM KICAP BEREMPAH
dari buku resipi 101 Resipi menggunakan Pemanggang Ajaib Chef Hanieliza ; sedapp



Bahan-bahan :

1/2   ekor   ayam  (anggaran 1 kg)  -  dipotong sederhana ; buangkan kulit & potong kecil
   2   sudu makan  serbuk rempah kari
   3   sudu makan  kicap lemak manis
   3   sudu makan  sos tiram
   2   biji  cili merah  -  dihiris
   2   biji  cili hijau  -  dihiris
Garam (sekiranya perlu)
   3   sudu makan   minyak masak


Bahan Tumisan :

3  tangkai  daun kari
1  labu  bawang besar *
1  inci  halia *
2  ulas  bawang putih *  (* dihiris)


Cara Memasak :

1.   Panaskan minyak masak di dalam pemanggang ajaib dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2.   Masukkan ayam, tutup pemanggang dan goreng selama 5 minit.
3.   Masukkan serbuk rempah kari dan gaul rata.
4.   Masukkan kicap, sos tiram, cili merah dan cili hijau.  Masukkan garam sekiranya perlu.  Gaul rata, tutup semula pemanggang dan masak selama 5 minit lagi.
5.   Masukkan ke dalam pinggan dan sedia dihidangkan.




No comments:

Post a Comment