Monday, June 30, 2014
JUADAH BERBUKA UNTUK HARI KE 2 RAMADAN KAREEM
KUIH SAGU DELIMA
buku resipi 'Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang' - Chef Hanieliza
Bahan A :
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1 sudu kecil pewarna merah
1 helai daun pandan (disimpulkan)
Bahan B :
1/2 biji kelapa parut muda (putih) dan
sedikit garam digaul rata
Cara Membuat :
1. Sagu biji dibersihkan, kemudian rendam sebentar (anggaran 20 minit) dan ditoskan,
2. Masakkan air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah. Kacau hingga sagu kembang.
4. Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci dan sejukkan.
5. Apabila sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut muda putih yang digaulkan dengan garam.
6. Sedia untuk dihidangkan,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment