Monday, June 2, 2014
KUIH KETAYAP - dua corak
KUIH KETAYAP - dua corak
Bahan Dadar :
1 cawan tepung gandum
2 biji telur gred 'B'
1 1/2 cawan susu cair atau santan (saya guna susu segar jer)
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar marjerin/mentega - dicairkan
Pewarna pilihan secukupnya
Sedikit minyak masak untuk disapu pada kuali (jika perlu)
Bahan Inti :
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
1 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar tepung pulut/jagung
sedikit air (jika perlu)
Cara-cara :
Untuk inti : Masukkan kelapa parut, sedikit air, gula merah dan daun pandan ke dalam periuk. Masakkan hingga pekat dan taburkan sedikit tepung pulut/jagung untuk kentalkan intinya. Kacau hingga sebati, angkat, buangkan daun pandan tadi.
Untuk dadar : Satukan kesemua bahan dadar kecuali pewarna dan kisarkan dengan pengisar hingga halus dan tidak bergentel. Tapiskan. (asingkan sedikit adunan, campurkan dengan sedikit tepung lagi biarkan pekat, kacau sebati dan letakkan masing-masing dengan pewarna pilihan. Masukkan ke dalam piping bag, ketepikan dulu).
Panaskan kuali, lenserkan dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan agar adunan menjadi bulat kemudian dengan cepat-cepat dot-dotkan atau belang-belangkan di atas adunan dengan pewarna).
Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkatkan (jangan terlalu lama) dan terbalikkan bahagian bercorak tadi ke bawah. Terus letakkan inti dan gulungkan. Ulangkan hingga kesemua adunan tadi habis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sedapnya..nanti boleh try ni....
ReplyDeletekak ruby pun nmpak sdp.......
ReplyDelete