Wednesday, June 25, 2014
JEJARI OREN/ORANGE FINGER
JEJARI OREN / ORANGE FINGER
buku resipi 'Jamuan Biskut' - Chef Zubaidah - sedap & rangup
Bahan A :
125 gm mentega
10 gm lelemak/shortening
50 gm gula aising
Bahan B :
1/2 tsp pes oren
Bahan C :
25 gm serbuk badam
120 gm tepung gandum
25 gm tepung kentang
25 gm tepung susu
30 gm tepung jagung
Hiasan :
coklat oren (dicairkan)
serbuk roti putih
Cara-cara :
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan B dan gaulkan sehingga rata.
3. Masukkan semua bahan C dan uli hingga menjadi doh.
4. Canai dan terap doh dengan acuan segi empat panjang.
5. Susunkan di atas dulang pembakar yang telah digris dan bakar pada suhu 150'C selama 30 minit.
6. Setelah biskut sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat oren dan golekkan biskut ke dalam serbuk roti putih.
Labels:
Biskut/Cookies
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment