KEK PISANG

Tuesday, July 1, 2014

IFTAR - 3









ROTI JALA & SERAWA DURIAN
Oleh :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan Roti Jala :

   3   cawan   tepung gandum
1/2   sudu besar  minyak masak
   1   sudu kecil  garam
   1   biji  telur
   3   cawan  air/santan/susu segar
sedikit pewarna pilihan


Cara-cara :

     Masukkan kesemua bahan di atas di dalam mesin pengisar dan kiasarkan hingga sebati.  Sedia untuk menjalakan menggunakan kuali non-stick.  Lepas di jala dalam beberapa saat, angkat dan gulung.  Buat hingga habis kesemua adunan.

Serawa Durian :

  10   ulas   isi durian
500   ml     santan pekat dari 1/2 biji kelapa
 1/4   cawan  gula *
 1/4   cawan  gula melaka (dihiris terlebih dahulu & disukat) * (ikut kemanisan sendiri)
    3   helai  daun pandan  (disimpul)
sedikit garam
sedikit air  (jika perlu)

Cara-cara :

     Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan renehkan sehingga mendidih.  Jika kuah terlalu pekat, bolehlah dimasukkan sedikit air.  Sentiasalah dikacau agar santan tidak berketul-ketul.  Bila telah pekat dan isi durian telah terlerai, matikan api.
     Hidangkan bersama roti jala.

No comments:

Post a Comment