KEK PISANG

Wednesday, July 23, 2014

FRUIT TARTLETS







FRUIT TARTLETS




Bahan Pastri  :
sumber dari   :  sariyusa ; thanks

170  gm   marjerin
  50  gm   gula icing  ( 2 1/2 sudu besar)
    1  biji   telur gred 'B/C'
 1/2  sudu kecil   esen vanilla
    1  sudu kecil   perisa coklat
    2  sudu besar  serbuk koko
270  gm   tepung gandum


Cara-cara :

1.   Pukul marjerin dan gula icing dengan senduk kayu sekejap sahaja.
2.   Masukkan telur, esen vanilla dan perisa coklat, pukul lagi dengan senduk kayu hingga sebati.
3.   Masukkan serbuk koko dan pukul rata-rata.
4.   Masukkan tepung sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh yang lembut.  Kalau dah lembut berhenti tambah tepung (tidak perlu dihabiskan tepung).
5.   Simpan 30 minit di dalam peti sejuk sebelum ditekan ke dalam acuan tart.  Tak simpan pun ok.
6.   Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit.  Disebabkan kulit shell/crust berwarna coklat, jadi selepas 25 minit cuba keluarkan satu shell/crust, terbalikkan, jika keluar dari acuan maknanya dah masak.


Bahan Kastad :
sumber :  Azlita MasamManis ; thanks

1 1/2  tbsp     tepung kastad
1 1/2  tbsp     gula halus
      1  cawan  susu segar
      1  tsp  esen vanilla
      1  tbsp  mentega
Secubit garam


Cara-cara :

     Satukan kesemua bahan untuk kastad kecuali mentega dan esen vanilla di dalam periuk.  Kacau dengan whisk sehingga semua sebati.  Masak di atas api kecil sehingga kastad pekat, kacau selalu.  Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega.  Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.  (tutup dengan plastik wrap untuk mengelakkan permukaan atas kastad mengeras dan simpan di dalam peti sejuk).
     Paipkan adunan kastad di dalam tart shell/crust kemudian hiaskan dengan buah-buahan pilihan seperti strawberry/blueberry/anggur/kiwi dll.

No comments:

Post a Comment