KEK PISANG

Tuesday, July 22, 2014

KEK EPAL







KEK EPAL
buku 'Resipi Biskut & Kek' Chef Hanieliza



Bahan A :

250  gm   mentega
170  gm   gula kastor
    4  biji   telur 'B'
    1  sudu teh  esen vanilla
250  gm   tepung naik sendiri  (diayak 3 kali)
    5  sudu makan  susu tepung
    1  sudu teh  garam


Bahan B :

3  biji   epal hijau


Bahan C :  (Hiasan)

3  sudu makan   gula perang
1  sudu makan   serbuk kulit kayu manis


Cara Membuat :

1.   Masukkan semua bahan A di dalam mangkuk dan pukul sehingga ringan dan gebu.
2.   Epal hijau dibuang kulit dan diparut kasar.
3.   Masukkan epal hijau yang sudah diparut ke dalam adunan A yang sudah dipukul dan kacau rata.
4.   Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci persegi yang sudah dilapik kertas minyak.
5.   Gaul rata bahan hiasan dan taburkan di atas adunan kek.
6.   Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 40 sehingga 45 minit.
7.   Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment