KEK PISANG

Monday, July 7, 2014

KEK KEJU COKLAT MARMAR











KEK KEJU COKLAT MARMAR
buku resipi 'Hidangan Berkeju' - Noraini Zakaria



Bahan A :

180  gm   mentega
190  gm   gula kastor
    3  biji   telur 'A'
125  gm   tepung superfine *
    1  sudu teh  serbuk penaik *
  35  gm   serbuk koko *  ( * diayak )


Bahan B :

250  gm  keju krim
  60  gm  gula kastor
    1  biji  telur 'A'


Cara Membuat :

1.   Sediakan tin pembakar empat segi bersaiz 7 inci.  Griskan dengan sedikit mentega dan lapik dengan kertas serap minyak.

2.   Putar bahan A iaitu mentega dan gula kastor hingga kembang dan gebu.  Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar sebati.

3.   Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega sambil digaul dengan senduk hingga rata.

4.   Untuk adunan keju :  Putar bahan B iaitu keju krim dan gula kastor hingga kembang dan masukkan telur.  Putar sebati.

5.   Tuangkan 1/2 adunan A ke dalam tin pembakar.  Tuangkan pula adunan B tadi hingga habis diikuti dengan adunan A yang separuh lagi.

6.   Ambil lidi dan lorekkan permukaan adunan untuk membuat corak marmar di atasnya.  Bakar selama 1 jam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170'C.

No comments:

Post a Comment