KEK PISANG

Monday, July 14, 2014

NASI TOMATO







NASI TOMATO
sumber dari  :  DapurTanpaSempadan; thanks



Bahan-bahan :

      3  cawan   beras basmathi  (dicuci & rendam 30 minit ; toskan)
      1  tbsp  pes tomato  (tomato puree)
      2  tbsp  sos tomato
      2  tbsp  minyak sapi
      1  biji   bawang besar  -  dihiris
      2  ulas  bawang putih  -  dicincang
      1  inci   halia  -  dititik
      1  helai   daun pandan  -  disimpul
3 1/2  cawan   air
      1  cawan   susu sejat IDEAL
Garam secukup rasa


Bahan Tumis :

1  batang   kulit kayu manis
5  kuntum  bunga cengkih
3  biji   buah pelaga
1  kuntum  bunga lawang


Bahan Hiasan :

Hirisan daun bawang dan daun sup
Bawang goreng, kismis


Cara Memasak :

1.   Panaskan minyak sapi di dalam kuali, masukkan bahan tumis, bawang besar, bawang putih dan daun pandan.  Tumis sehingga harum.  Tambahkan sos tomato, tomato puree, kacau rata dan masak sekejap.  Masukkan beras, gaul rata dan gorengkan selama 1 minit sambil terus dikacau.  Matikan api.

2.   Masukkan/alihkan ke dalam rice cooker, tuangkan air dan susu sejat.  Tambahkan garam secukup rasa dan masak seperti biasa sehingga nasi kering.  Taburkan kismis dan sedikit bawang goreng di atas nasi.  Biarkan sehingga nasi betul-betul masak.

3.   Matikan suis periuk nasi (untuk mengelakkan nasi terlalu berkerak) kemudian gemburkan dengan chopstick atau garfu dengan perlahan-lahan agar nasi tidak patah.  Taburkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan dengan lauk pilihan.

No comments:

Post a Comment