Tuesday, July 22, 2014
RENDANG AYAM PEDAS
RENDANG AYAM PEDAS
buku '101 Resipi menggunakan Pemanggang Ajaib' Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
1 kg ayam (dipotong sederhana)
1 cawan santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit (dihiris)
5 helai daun limau purut (dikoyakkan)
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan-bahan dikisar :
20 biji cili api
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak masak di dalam pemanggang ajaib dengan api kecil dan masukkan ayam dan sedikit garam. Tutup dan masak selama 10 minit.
2. Masukkan bahan yang dikisar, tutup dan masak lagi selama 5 minit.
3. Masukkan santan, kerisik, daun limau purut dan daun kunyit. Tutup dan masak selama 5 minit.
4. Terbalikkan dan masak lagi dalam masa 3 minit. Hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment