Wednesday, July 2, 2014
BUBUR CHA CHA
BUBUR CHA CHA
sumber : dapur malaysia.com
Bahan-bahan :
1 cawan cha cha segera
1 biji keledek/keladi (dipotong dadu)
2 mangkuk santan pekat
1 keping gula melaka
1 cawan gula pasir
1 sudu besar sagu biji (direndam seketika dengan air)
2 helai daun pandan (disimpul)
sedikit garam
Cara-cara :
1. Rendamkan cha cha segera selama 10 minit kemudian direbus sehingga lembut dan ditoskan.
2. Rebuskan juga ubi keledek/keladi sehingga hampir empuk dan toskan.
3. Masukkan santan, cha cha, ubi keledek/keladi, gula pasir, gula melaka, sagu dan daun pandan ke dalam periuk.
4. Masak dengan api sederhana dan sentiasalah dikacau. Masak sehingga mendidih dan kemudian tutupkan api. Sedia untuk dihidangkan panas atau sejuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment