KEK PISANG

Saturday, July 26, 2014

TAT NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN











TAT NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN PILIHAN
sumber  :  FB



Bahan-bahan :

1  cawan   marjerin
3  sudu besar  gula icing  -  ayak
1  biji  kuning telur 'B'
1  sudu teh  esen pilihan (bergantung pada design buah-buahan)
Pewarna bergantung pada buah-buahan pilihan

(kacau menggunakan whisk sahaja).

2 1/2  cawan  tepung gandum
      2  sudu besar  tepung jagung
2 1/2  sudu besar  tepung kastad
(ayak semua tepung)
Campur dengan  2  sudu besar  susu tepung
Sedikit bijan untuk hiasan
Pewarna hijau untuk daun
Jem nenas secukupnya


Cara-cara :

     Satukan marjerin dan gula icing, gaul rata dengan senduk kayu.  Masukkan kuning telur dan esen pilihan dan gaul rata.  Kemudian masukkan kesemua tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang lembut.  Asingkan sedikit doh dan warnakan dengan pewarna hijau sebagai daun manakala doh selebihnya warnakan dengan warna pilihan mengikut bentuk buah-buahan yang ingin dibentuk.
     Ambil sedikit doh, letakkan jem nenas yang telah di bulatkan terlebih dahulu.  Bentukkan seakan-akan buah-buahan pilihan.
     Bakar pada suhu 140'C selama 25 minit.

No comments:

Post a Comment