Creme Puff with Iced Lemon Tea
CREME PUFF
sumber dari : citarasawan ; thanks
Bahan-bahan :
110 gm mentega
250 ml air
1 tsp gula kastor
1/4 tsp garam
150 gm tepung gandum
4 biji telur gred 'B'
Cara-cara :
1. Didihkan air, mentega, gula dan garam. Tutup api, masukkan tepung...kacau dengan senduk kayu sehingga sebati dan menjadi doh.
2. Buka api dan kacau selama 2-3 minit dengan api sederhana sehingga kelihatan lapisan tipis putih di dasar periuk.
3. Angkat dan kacau doh sehingga suam. Masukkan sebiji telur, kacau sehingga telur sebati. Tambah telur berikutnya, kacau satu persatu sehingga sebati dengan doh baru dimasukkan telur berikutnya. Pastikan adunan likat dan boleh dipaip.
4. Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu pada suhu 160'C dan bakar lagi selama 15 minit.
Bahan Krim Kastad :
250 ml susu segar
2 tbsp gula
2 tbsp tepung kastad/jagung
1 biji kuning telur (dipukul sedikit)
1/2 tbsp marjerin
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan di atas kecuali marjerin. Masak sehingga agak likat. Masukkan marjerin dan kacau sehingga pekat. Angkat. Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum di paip ke dalam creme puffs. (Tutup permukaan kastad dengan plastik yang dilekapkan di atasnya bagi mengelakkan ianya tidak mengeras pada bahagian permukaannya).
No comments:
Post a Comment