KEK PISANG

Sunday, July 27, 2014

BLACK FOREST CHEESE TART







BLACK FOREST CHEESE TART
sumber dari :  sariyusa ; thanks



Bahan Pastri :

170  gm   marjerin
  50  gm   gula icing  (2 1/2  tbsp)
    1  biji   telur gred 'B/C'
 1/2  tsp   esen vanilla
    1  tsp   perisa coklat
    2  tbsp serbuk koko
270  gm   tepung gandum

Filling Blueberry secukupnya masukkan ke dalam piping bag, ketepikan dulu


Cara-cara :

1.   Pukul marjerin dan gula icing dengan senduk kayu sekejap sahaja.
2.   Masukkan telur, esen vanilla dan perisa coklat, pukul lagi dengan senduk kayu sehingga sebati.
3.   Masukkan serbuk koko, pukul rata-rata.
4.   Masukkan tepung sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Kalau doh lembut tidak melekat ditangan, berhenti menambahkan tepung.
5.   Rehatkan doh 30 minit di dalam peti sejuk sebelum ditekankan ke dalam acuan tart.  Tak simpan pun ok.
6.   Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit.  Disebabkan crust berwarna coklat, jadi selepas 25 minit cuba keluarkan satu crust dari acuan, terbalikkan dan jika crust keluar dari acuan bermakna ianya dah masak.


Bahan Krim :

250  gm   cream cheese
  50  gm   gula kastor
    1  biji   telur gred 'B'
Sedikit esen vanilla


Cara-cara :

     Putarkan cream cheese dan gula kastor sehingga lembut.  Masukkan telur dan esen vanilla, putar sehingga licin.  Masukkan ke dalam piping bag.  (Susunkan crust di atas dulang, picitkan inti blueberry kemudian picitkan bahan krim di atasnya sehingga ke tebing crust.  Taburkan dengan chocolate rice dan bakar lagi selama 10 minit pada suhu 170'C.

No comments:

Post a Comment