Tuesday, July 29, 2014
NASI MINYAK MUDAH
NASI MINYAK MUDAH
sumber dari : Hanamemories ; thanks
Bahan-bahan :
3 cawan beras biasa
5 cawan air (atau mengikut jenis beras, lebihkan jika perlu)
1/2 biji bawang besar (dimayang)
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
1 ketuk kiub pati ayam
Daun pandan (disimpul)
Serbuk kunyit sebagai pewarna
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Cuci beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi. Masukkan bawang, rempah 4 beradik dan tumiskan sehingga naik bau.
3. Masukkan daun pandan, kiub pati ayam dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan beras. Gaul mesra.
4. Masukkan air mengikut sukatan beras dan garam secukup rasa.
5. Alihkan ke dalam rice cooker dan tekankan button 'start'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment