Friday, May 20, 2016
AYAM BLACK PEPPER & MUSHROOM
AYAM BLACK PEPPER & MUSHROOM
sumber : citarasawan...
Bahan-Bahan :
5 ketul ayam (saya guna 1/2 ekor ayam dipotong kecil)
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam kasar
.... Gaul bersama ayam dan perap selama 30 minit.
Sos Black Pepper :
6 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - dihiris
1 sudu besar lada hitam kasar
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
5 biji cendawan butang - dihiris (saya guna tomato ceri anggaran 10 biji)
1/2 cawan air
1 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam kasar sehingga naik bau. Masukkan cendawan dan biarkan sebentar.
3. Masukkan sos tiram, kicap manis, air dan bancuhan tepung jagung. Masak sebentar sehingga nampak pekat.
4. Masukkan ayam yang di goreng tadi dan gaul sehingga rata.
5. Perasakan dengan secubit garam dan sedikit gula. Sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment