Monday, May 9, 2016
BADAK BERENDAM
BADAK BERENDAM
Majalah AROMA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan - disimpul
Pewarna pilihan (jika suka)
Bahan Inti :
2 cawan kelapa parut putih
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan gula pasir
Bahan Kuah :
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan - disimpul
Cara Penyediaan :
1. Untuk Doh : Campur garam dengan air dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan tidak melekat di tangan. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan (jika guna).
2. Ambil sedikit adunan, bentukkan leper, isikan inti kelapa kemudian bulatkan, buat hingga kesemua adunan doh habis.
3. Didihkan air di dalam periuk bersama daun pandan. Masukkan bebola tadi dan bila ia timbul, angkat dan masukkan ke dalam periuk berisi kuah (yang telah disediakan terlebih dulu).
Untuk Inti :
1. Masak kesemua bahan kecuali kelapa parut hingga larut, tapiskan dan tuang ke dalam kelapa.
2. Masak di atas api perlahan sehingga kering.
Untuk Kuah :
1. Campur rata semua bahan, lalu di kacau di atas api perlahan hingga pekat dalam 10 minit dan sedia di hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment