Monday, May 2, 2016
SUP CENDAWAN
SUP CENDAWAN
sumber : Hanieliza...
Bahan-Bahan :
300 gm cendawan tiram - dikoyak-koyak
100 gm lobak merah - dipotong kecil
100 gm udang - dikupas kulit
2 cawan air
1 pokok daun sup - dipotong pendek
1 pokok daun bawang - dipotong pendek
2 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Hiris :
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Basuh semua sayur dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris dan udang hingga wangi.
3. Masukkan air dan garam. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan cendawan dan lobak merah. Biarkan hingga mendidih sekali lagi.
5. Tutup api kemudian masukkan daun bawang dan daun sup.
6. Taburkan sedikit bawang goreng (jika suka) dan sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment