KEK PISANG

Friday, May 20, 2016

PERMATA MERAH@PERMATA DELIMA



 Kuih ini sedap gandingan rasa seperti kuih koci & badak berendam 
cuma kuih ini kering dan tidak basah.  Kuih saya buat ini kurang menarik kerana terlebih
letak bahan santan yang membuatnya ia kelihatan tenggelam.  Lain kali bila buat kena
 kurangkan santannya.  Walau apapun kuih ini sedap, terima kasih pada penyumbang resipi..






PERMATA MERAH @ PERMATA DELIMA
sumber  :   FB :  MAHN/Mas Cotek...




Bahan A :

1 1/2  cawan  tepung pulut
Air pandan secukupnya  (saya guna air biasa saja)
Sedikit pewarna hijau tua  (saya guna pewarna merah)

...  Jadikan doh seperti doh buah melaka


Bahan B :  (Santan)

   2  cawan  santan pekat
1/2  cawan  tepung beras
   2  sudu makan  tepung jagung
   2  sudu makan  tepung gandum
1/2  sudu teh  garam


...   Satukan kesemua bahan santan, kacau di atas api sederhana sehingga naik wap sahaja (jangan pekat).  Tuangkan ke dalam jug, untuk memudahkan kita menuangnya ke dalam acuan nanti.  Ketepikan.


Bahan Inti :

1/2  biji  kelapa parut putih
   1  cawan  gula merah
   2  sudu besar  gula pasir
   2  helai  daun pandan  -  disimpul


...    Masak kesemua bahan inti sehingga pekat dan kering.  Sejukkan.


Penyediaan :

1.  Sediakan acuan lompang (sapu sedikit minyak).
2.  Ambil sedikit doh, masukkan inti ke dalam doh kemudian bulatkan (seperti membuah kuih buah melaka).
3.  Masukkan ke dalam acuan lompang dan letakkan di tengah-tengah.  Buat sehingga habis.
4.  Tuangkan adunan B@santan tadi ke dalam acuan berisi doh tadi (jangan terlalu penuh nanti doh tenggelam dan tidak cantik).
5.  Kukus selama 10 minit menggunakan api sederhana.
6.  Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan...

TIPS  :     Inti kelapa boleh juga diganti dengan pes/inti kacang merah (ada dijual di bakeri)...

No comments:

Post a Comment