Monday, May 16, 2016
PUDING SAGU GULA MELAKA
PUDING SAGU GULA MELAKA
sumber : citarasawan...
Bahan Sagu :
150 gm biji sagu
1.5 liter air
Sedikit pewarna merah
Bahan Santan :
100 ml santan KARA@santan kotak
100 ml air
1 sudu teh tepung beras
1/4 sudu teh garam
Bahan Sirap :
150 gm gula melaka
50 ml air
1 helai daun pandan - disimpul
Cara Penyediaan :
1. Siramkan biji sagu dengan air, toskan. Masak dalam air mendidih sehingga biji sagu jernih, kacau-kacau supaya biji sagu tidak berketul. Biarkan dengan periuk tertutup selama 10 minit sebelum diangkat.
2. Siramkan atau lalukan di bawah air mengalir sehingga kanjinya hilang. Toskan.
3. Kemudian sudukan ke dalam acuan kecil/gelas dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Untuk Santan : Satukan bahan santan, masak sehingga agak pekat. Ketepikan.
5. Untuk Sirap : Satukan bahan sirap, masak sehingga mendidih. Angkat dan sejukkan.
6. Cara Menghidang : Keluarkan puding sagu dari acuan dan hidangkan bersama santan dan sirap gula melaka. Hiaskan dengan hirisan mangga/nangka jika suka atau buah longan dalam tin.
TIPS : Dalam air mendidih masukkan sedikit minyak ketika merebus biji sagu agar ia tidak mudah melekat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment