Saturday, May 21, 2016
TAUGE GORENG
TAUGE GORENG
Bahan-Bahan :
300 gm tauge - cuci bersih & toskan
50 gm daun kucai - dipotong pendek
2 sudu makan ikan bilis - cuci bersih & toskan
2 keping tauhu - dipotong dadu kecil
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Hiris :
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan gorengkan tauhu hingga masak.
2. Tumiskan bahan yang dihiris dan ikan bilis hingga wangi.
3. Masukkan tauge, kucai dan garam. Kemudian kacau rata. Biarkan tauge masak.
4. Akhir sekali masukkan tauhu yang digoreng, kacau rata, sesuaikan rasa dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment