Wednesday, May 18, 2016
SAMBAL TELUR BERSERAI
SAMBAL TELUR BERSERAI
Majalah RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
4 biji telur - rebus dan goreng
8 biji cili merah *
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih * ( * dikisar)
1 batang serai - titik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang - hiasan
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Apabila sudah naik bau, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
2. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
3. Angkat, taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang dan sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment