Monday, May 2, 2016
TENGGIRI MASAK KICAP
TENGGIRI MASAK KICAP
sumber : dayangjack...
Bahan-Bahan :
4 keping ikan tenggiri - dibersihkan & ditoskan
Sedikit air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Gaul-gaulkan ikan bersama semua bahan di atas dan perapkan selama 15 minit. Kemudian digoreng tetapi jangan terlebih masak atau di goreng terlalu lama. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Bahan Perencah :
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 labu bawang besar *
1/2 inci halia * ( * dikisar)
1/2 labu bawang besar - dimayang
1/2 sudu makan kicap pekat
Sedikit kicap manis
2 sudu makan cili kisar
1 keping asam gelugur
Sedikit sos cili thai atau sos cili
Sedikit tomato ceri (tambahan)
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali atau tinggalkan sedikit minyak lebihan menggoreng ikan tadi. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar sehingga garing dan pecah minyak.
2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos cili thai atau sos cili dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.
3. Masukkan garam, gula dan asam gelugur. Kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi, bawang besar dan tomato ceri. Kacau sebati.
5. Apabila kuahnya kelihatan pekat, tutup api dan hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment