KEK PISANG

Saturday, July 15, 2017

APAM MENTEGA GULA HANGUS...









APAM MENTEGA GULA HANGUS
rujukan :    yatiememories...




Bahan A :  (untuk gula hangus)

1 1/2  cawan  gula pasir
1  cawan  air panas
250  gm  mentega


Cara-Cara :

1.  Masukkan gula ke dalam periuk, masak dengan api perlahan sehingga gula larut dan berwarna perang.

2.  Tutup api (untuk mengelakkan air gula terpercik semasa kita menuang air) dan masukkan air panas.  Nyalakan semula api dan kacau sehingga semuanya larut dan kemudian masukkan mentega, kacau rata sehingga mentega cair dan ketepikan.


Bahan B :

3/4  cawan  gula kastor
4  biji  telur gred A/B
3  cawan  tepung gandum * 
2  sudu teh  soda bikarbonate *  (* diayak bersama )
1  tin  susu cair
1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Putar gula, telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan air gula hangus yang masih panas tadi.

2.  Kemudian masukkan susu cair berselang-seli dengan tepung, gaul semuanya sehingga sebati.  Perapkan selama 1/2 jam.

3.  Panaskan pengukus dan acuan lompang (atau ikut pilihan).  Tuangkan adunan ke dalam acuan yang disapu sedikit minyak.  Tuangkan adunan sehingga penuh ke dalam acuan.

4.  Kukus selama 15-20 minit sehingga masak.  Balut tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak menitis ke atas kuih apam...  (menghasilkan :   53 biji)

No comments:

Post a Comment