BISKUT CORNFLAKES RANGUP
rujukan : Paty's Kitchen...
Bahan-Bahan :
250 gm mentega
3/4 cawan gula aising
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur gred A/B
250 gm cornflakes ~ diramas-ramas sedikit
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan chocolate chips
Ceri merah & ceri hijau ~ dihiris kecil (optional), tak letak
Kekacang pilihan (dibakar seketika) atau kismis (optional)
Cara-Cara :
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati menggunakan senduk kayu. Setelah sebati, masukkan kuning telur dan pukul lagi. Setelah itu masukkan esen vanilla, pukul sebati.
2. Masukkan tepung dan cornflakes, gaul menggunakan senduk kayu tadi. Kemudian masukkan chocolate chips dan bentukkan bulat-bulat. Susun di dalam loyang pembakar.
3. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'C selama 15 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk di atas redai biskut. Kemudian bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara...
No comments:
Post a Comment