STICKY DATE PUDDING
rujukan : FB@ Seismik Makan...
Bahan Kek :
250 gm kurma ~ dicincang
1 sudu teh baking soda@soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan air mendidih
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
2 biji telur (saya guna gred A)
120 gm mentega ~ dilembutkan
3/4 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanilla
Bahan Sos : (tak buat, saya ganti dengan homemade salted caramel)
1 cawan gula perang
1 1/4 cawan krim@UHT Dairy Whipping Cream
1/2 sudu teh esen vanilla
4 sudu besar mentega
Cara-Cara :
1. Gaulkan kurma cincang dengan baking soda.
2. Masukkan air mendidih dan biarkan selama 20 minit.
3. Dalam mangkuk lain, gaulkan tepung gandum, garam dan baking powder, tapis dan ketepikan.
4. Pukul mentega dan gula perang sehingga sedikit kembang.
5. Masukkan telur satu persatu dan pukul seketika.
6. Masukkan esen vanilla dan pukul sekadar sebati saja.
7. Masukkan adunan tepung dan gaul sebati.
8. Masukkan kurma yang direndam berserta air kurma dan gaul sebati.
9. Tuangkan ke dalam bekas bersaiz 8 inci persegi yang disapu mentega dan bakar selama 40 minit sehingga masak pada suhu 180'C.
10. Untuk membuat sos : Cairkan mentega dan masukkan krim, gula perang dan esen vanilla. Didihkan sehingga pekat.
11. Tuangkan sos ke atas kek dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment