CREAM PUFF WITH
CUSTARD CREAM FILLING
rujukan : Ilham Dapur...
Bahan-Bahan :
95 gm tepung gandum berkualiti
2 1/4 sudu teh baking powder
2 biji telur gred A/B, suhu bilik
75 gm mentega tanpa garam
1 sudu teh gula
188 ml air
1/2 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam - abaikan jika menggunakan mentega biasa
Cara-Cara :
1. Sebatikan tepung, baking powder dan garam.
2. Di dalam periuk (kalau boleh guna periuk non-stick) satukan air, mentega dan gula, masak sehingga mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sampai menjadi doh yang licin dan tidak melekat di periuk, teruskan kacau dengan api perlahan selama 2-3 minit.
4. Tutup api, masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai dan sejukkan seketika.
5. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil diputar biar sebati.
6. Masukkan nozle besar bentuk bintang dalam piping bag, masukkan adunan tadi, paip pusing 2 kali di atas loyang yang telah di alas dengan kertas baking, jarakkan 1 inci.
7. Semburkan dengan sedikit air dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu selama 10 minit dengan suhu 200'C selama 20-25 minit atau sehingga masak/perang.
8. Sejukkan sepenuhnya dan gunting di tengahnya, boleh lah diisi dengan filling custard cream.
Bahan Kastad Cream :
200 ml Non-Dairy Whipping Cream ~ yang sudah sedia manis
1 cawan susu segar *
3 sudu besar tepung kastad *
3 sudu besar gula *
Cara-Cara :
1. Sebatikan semua bahan bertanda * kemudian masak di atas api sederhana sambil dikacau selalu sehingga pekat dan kemudian sejukkan sepenuhnya.
2. Dalam bekas yang kering, putar whipping cream + secubit garam + sedikit esen vanilla sehingga kental. Kemudian masukkan kastad yang sudah sejuk tadi dan sebatikan menggunakan spatula.
3. Masukkan ke dalam piping bag dan sedia untuk digunakan...
No comments:
Post a Comment