KUIH KOCI
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan Doh :
300 gm tepung pulut
20 gm tepung gandum
Air secukupnya
Bahan Dadih :
3 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam
Bahan Inti :
1 biji kelapa parut putih
1 1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1 sudu besar tepung gandum
Bahan lain :
Daun pisang 5" x 5" secukupnya ~ dilayur atas api
Cara-Cara :
1. Bancuh adunan doh dan pastikan tidak terlalu lembik. Masukkan inti dan bulat-bulatkan.
2. Untuk inti : Didihkan gula merah dengan sedikit air, tapiskan, kemudian masukkan kesemua gula putih dan kelapa parut serta masukkan tepung gandum untuk memekatkan inti dan agar senang dibulat-bulatkan.
3. Sediakan dadih dengan mencampurkan santan, tepung beras dan garam. Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
4. Masak air di dalam periuk sehingga mendidih. Ambil sedikit adunan, leperkan, letakkan inti kelapa tadi dan bulat-bulatkan kemudian masukkan ke dalam air mendidih, rebus sehingga timbul dipermukaan (macam kita buah kuih buah melaka). Angkat kuih dan terus masukkan ke dalam dadih. Buat hingga habis.
5. Setelah siap direbus kuih, menggunakan sudu ambil sebiji kuih dan sedikit dadih kemudian bungkus kuih koci dengan daun pisang sehingga habis dan kukus selama lebih kurang 5-10 minit sehingga masak...
No comments:
Post a Comment