KEK PISANG

Tuesday, July 11, 2017

KEK SUJI@SEMOLINA CAKE...








KEK SUJI@SEMOLINA CAKE
rujukan :    tiffinbiru/citarasawan...



Bahan-Bahan :

250  gm  mentega tulen
170  gm  gula halus@gula kastor
2  sudu besar  madu
4  biji  telur gred A
100  ml  susu segar
2  sudu besar  perahan jus oren
170  gm  tepung gandum
1  sudu teh  baking powder
100  gm  semolina@suji
Secubit garam
50  gm  kismis dicincang halus


Loyang :  8x8 inci/9 inci bulat ~ dialas kertas minyak & disapu mentega


Cara-Cara :

1.  Ayak tepung gandum bersama baking powder kemudian campurkan semolina, kismis cincang dan garam, gaul rata.

2.  Satukan telur, susu segar dan jus oren ~ kocok sehingga sebati.  Ketepikan.

3.  Putar mentega, gula dan madu sehingga kembang.  Masukkan bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga putih dan gebu.

4.  Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam loyang yang disediakan dan ratakan.  Hiaskan dengan taburan kismis, jika suka.

5.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175'C selama 45 minit atau sehingga masak.  Sejukkan kek sebelum dipotong.


INFO :  Kek Suji tahan 2 hari pada suhu bilik dan 3-4 hari di dalam peti sejuk...

No comments:

Post a Comment