KEK PISANG

Thursday, July 13, 2017

KARIPAP...









KARIPAP
rujukan :    MAHN@Raihana Hazali...




Bahan Kulit Karipap :  

1  kg.  tepung gandum
1  cawan  minyak/minyak sapi/marjerin
1  sudu besar rata  garam dibancuh dengan air sejuk dari peti ais anggaran 2 cawan (kalau kurang tambah)


Cara-Cara :

     Panaskan 1 cawan minyak dan terus tuangkan ke dalam tepung, gaul dengan senduk kayu kemudian ramas-ramaskan.  Selepas itu masukkan air yang telah dibancuh dengan garam sedikit demi sedikit ke dalam tepung tadi dan uli sehingga menjadi doh yang lembut (jangan terus dituangkan semua air ke dalam tepung).  Kemudian rehatkan dalam bekas bertutup selama 10 minit baru lah dicanai dan cetak bulat.  Letakkan inti, lipat dan kelim hingga kemas.  Buat sehingga kesemua doh tadi habis.  Goreng di dalam minyak sederhana panas sehingga kekuningan.  Hidangkan...


Bahan Inti Kentang :

7  biji  ubi kentang dipotong dadu, rebus sehingga empuk dan toskan
5  biji  bawang merah  -  kisar
4  biji  bawang putih  -  kisar
1  senduk  serbuk kari BABAS
1  mangkuk kecil  daging/ayam cincang
Garam secukup rasa


Cara-Cara :

     Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang sudah dikisar hingga berbau harum.  Setelah naik bau, masukkan serbuk kari, kacau rata dan masukkan daging/ayam cincang, gaul rata dan sebati.  Kalau kering tambahkan sedikit air kemudian masukkan garam secukup rasa.  Masukkan kentang yang telah direbus tadi, biarkan sehingga mesra dan sedikit kering.  Masukkan daun sup dan bawang besar yang didadu (jika suka) dan tutup api.


TIPS :   Jika tak nak karipap terbuka masa digoreng, sapukan sedikit air dihujung doh sebelum dikelim...

No comments:

Post a Comment