Monday, July 31, 2017
SAYUR CAMPUR ANEKA...
RESIPI SAYUR CAMPUR ANEKA
Bahan-Bahan :
7-8 ekor udang saiz sederhana ~ dibuang kulit, cuci bersih & toskan
5 biji jagung muda ~ dibelah 2 atau ikut selera
1 bahagian brokoli ~ dipotong ikut selera
1/2 batang lobak merah ~ disagat kasar atau dihiris memanjang
13 biji kacang sepat@snow pea ~ dipotong 2
1 keping sayur fucuk kering - dipatah-patah & rendam sehingga lembut
1/2 biji bawang besar ~ dihiris kasar
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 sudu besar sos tiram
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit hirisan daun sup, jika suka
Sedikit air, jika perlu
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak (anggaran 3 sudu besar), tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang, tumis seketika sehingga udang berubah warna kemerah-merahan. (Jangan terlalu lama nanti udang keras).
3. Masukkan sayur jagung, brokoli dan kacang sepat, kacau seketika. Tuangkan sos tiram. Tambahkan sedikit air. Kacau perlahan.
4. Akhir sekali, masukkan lobak merah, sayur fucuk yang direndam tadi (buangkan airnya), kacau perlahan sehingga sebati.
5. Sesuaikan rasa, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan semasa panas. Taburkan dengan sedikit hirisan daun sup, jika suka...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment