Wednesday, July 12, 2017
PAJERI TERUNG...
PAJERI TERUNG
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
4-5 biji terung ~ belah 2 tanpa putus (saya guna terung bulat)
2 paket kecil serbuk rempah kari daging BABAS
1 paket kecil kerisik
1 mangkuk kecil santan (anggaran 1 plastik kecil)
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
3 sudu besar gula atau secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
Bahan Kisar :
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
Segenggam udang kering
Cara Memasak :
Tumiskan bahan kisar sehingga berbau wangi dan masukkan rempah kari kering (tidak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat-cepat. Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata. Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.
Akhir sekali, masukkan terung dan sedikit air sehingga agak terung tenggelam sahaja. Masak dengan api sederhana sehingga terung lembut dan kuah pecah minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment