KEK PISANG

Wednesday, July 12, 2017

DAGING MASAK HITAM...









DAGING MASAK HITAM
rujukan :    dapur-mamasya...




Bahan-Bahan :

1  kg.  daging  ~  dipotong nipis  (saya guna daging batang pinang)
3  ulas  bawang merah  ~  dihiris
2  ulas  bawang putih  ~  dihiris
3  kuntum  bunga lawang
2  inci  kulit kayu manis
1/2  cawan  kicap pekat
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Bahan Kisar :

4  biji  bawang besar
3  inci  halia
4  ulas  bawang putih
20  tangkai  cili kering atau 2 sudu besar  cili kering siap kisar
1  sudu kecil  jintan manis
1  sudu kecil  jintan putih
1  sudu kecil  ketumbar  (jika suka)


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya.  Tumiskan bahan hiris, bunga lawang dan kayu manis sehingga berbau wangi.  Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing dan terbit minyak.

2.  Masukkan daging, air secukupnya dan renihkan sehingga daging empuk.  Masukkan kicap pekat, air asam jawa dan garam secukup rasa.  Tambahkan aji-no-moto, jika suka.  Biarkan kuah agak pekat dan secukup rasa.  Bila daging telah cukup empuk bolehlah dihidangkan.  (sekiranya daging masih tidak cukup empuk, bolehlah ditambahkan lagi air dan masak lagi sehingga kuah agak kering)...

No comments:

Post a Comment