KEK PISANG

Monday, July 31, 2017

PUDING TEMBIKAI...









PUDING TEMBIKAI
rujukan :    yatiememories...




Bahan-Bahan :

1  paket  serbuk agar-agar tanpa warna  (10 gm)
2  keping  roti gardenia *
4  cawan  air
1/2  cawan  gula pasir
1/2  cawan  susu pekat manis *
1  cawan  susu cair *  (tambahan)
2  sudu besar  mentega
1  sudu kecil  esen vanilla
Cincau dipotong kecil
Sedikit pewarna hijau & merah


Acuan/loyang :  8 inci/atau ikut pilihan


Cara-Cara :

1.  Masak serbuk agar-agar bersama gula pasir dan air sehingga serbuk agar-agar dan gula pasir hancur.

2.  Sementara itu, rendamkan roti di dalam susu cair dan carik-carikkan.  Masukkan susu cair, roti yang direndam tadi dan susu pekat manis.  Blend sehingga halus.

3.  Setelah serbuk agar-agar dan gula pasir hancur, masukkan bahan-bahan blend tadi ke dalam periuk berisi agar-agar, juga masukkan esen vanilla dan mentega.  Kacau sehingga mendidih dan pekat sedikit.  Tutup api.

4.  Ambil sedikit adunan (anggaran 1 cawan) dan warnakan dengan pewarna hijau (ini sebagai kulit tembikai).  Biarkan mengeras sedikit.

5.  Selepas itu ambil sedikit lagi adunan (anggaran 3/4 cawan) biarkan pada warna asal, curahkan/tuangkan di atas lapisan hijau tadi.  Biarkan mengeras sedikit.

6.  Adunan selebihnya diwarnakan dengan pewarna merah, kemudian tuangkan di atas lapisan putih@warna asal tadi.  Taburkan dengan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai.  Biarkan sejuk.  Simpan di dalam peti sejuk...

No comments:

Post a Comment