Kek kelihatan kurang cantik kerana agak mencabar juga untuk mengeluarkannya dari acuan...
RESEPI KEK COKLAT
PUDING KARAMEL
sumber dari : FB/MAHN@ Nur Ain Rahman...
Bahan Karamel :
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air panas
--- Letakkan gula pasir di dalam loyang bersaiz 7 inci bulat dan terus masak di atas api perlahan sehingga bertukar warna menjadi perang. Tutup api, alihkan loyang dan terus panaskan kukusan...
Bahan Puding :
1 tin susu cair
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh esen vanilla @ vanilla creamy
4 biji telur (saya guna gred A)
--- Blend kesemua bahan di atas...
Bahan Kek :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh baking powder
--- Campurkan kesemua bahan di atas, kacau sehingga sebati...
Cara Penyediaan :
Bila kukusan sudah panas, masukkan bahan puding tadi ke dalam loyang yang berisi karamel yang dibuat tadi. Kukus puding selama 20 minit.
Bila puding sudah masak, tuangkan adunan kek tadi, kukus lagi selama 40 minit. Cucuk dengan lidi sate dulu, kalau tidak melekat maknanya sudah fully masak. Tutup api dan biarkan kek di dalam kukusan (buka sikit tudung kukusan, bila agak suam, sisipkan keliling loyang dan terbalikkan).
TIPS : Selepas sisip keliling loyang (menggunakan spatula), terbalikkan, jangan sesekali ketuk loyang....nanti hancur dan tidak cantik) biarkan ia jatuh perlahan-lahan...juga pastikan sekeliling loyang disapu dengan sedikit minyak/butter, agar lebih senang ia keluar dari acuan...
No comments:
Post a Comment