Thursday, November 6, 2014
BINGKA ROTI TUNA
BINGKA ROTI TUNA
sumber : DamaiQalbu ; thanks...
tested by : zaralovebaking.blogspot.com ; sangat sedap...
Bahan-bahan :
1 buku kecil roti (10 keping)
4 cawan susu segar
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar minyak masak
3 biji telur
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan :
1. Roti di koyakkan dan direndam dengan susu segar sehingga kembang.
2. Gaulkan kesemua bahan lain dengan roti yang telah direndam supaya sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 10"x10" persegi yang telah disapu dengan minyak.
4. Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 30 minit.
5. Kemudian keluarkan loyang dan taburkan tuna berserta dengan inti dan bakar lagi selama 30 minit.
6. Bila telah masak, taburkan dengan bahan hiasan. Sejukkan, potong dan hidang.
Bahan Lauk : 1 tin tuna (saiz kecil - tidak perlu ditumis)
Bahan Inti : (Tumis)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 batang lobak merah (disagat)
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 tin cendawan butang (dihiris)
Air secukupnya
Minyak masak
Garam secukupnya
Bahan Hiasan :
Daun sup & daun bawang, cili merah (dihiris)
Bawang goreng
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan lobak merah, garam, sos cili dan sos tomato, juga air secukupnya. Kacau rata.
4. Masak sehingga lobak merah lembut disusuli dengan hirisan cendawan butang. Biar sehingga kuah mengering.
(yields : 4 pcs)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment