Monday, November 10, 2014
IKAN MASAK 3 RASA
IKAN MASAK 3 RASA
sumber : buku masakan Chef Hanieliza
tried by : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
5 ekor ikan kembong
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 cm halia (dihiris)
Garam & serbuk kunyit secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng ikan
Bahan B : (Untuk Sos)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
1 sudu kecil gula pasir
Bahan C : (Sebagai Hiasan)
1 pokok daun bawang (dipotong-potong)
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
2 biji buah tomato (dipotong 4)
Cara Memasak :
1. Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit sehingga sebati.
2. Goreng ikan sehingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan dua sudu besar minyak bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
4. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
6. Curahkan kuah sos di atas ikan yang telah digoreng tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment