Wednesday, December 21, 2016
APPLE CRUMBLE MUFFINS...
RESIPI APPLE CRUMBLE MUFFINS
sumber : iresipi.com@Che' Nom; (sedap & gebusss)...
Bahan-Bahan : (16 pcs)
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik@baking powder
1/2 sudu teh baking soda@soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan mentega (125 gm)
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur (saya guna gred B)
1 1/2 sudu teh esen vanilla
2 biji epal - dikupas kulit & dipotong kiub
2/3 cawan susu full cream
Bahan Topping :
1/3 cawan gula perang
1/3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
3 sudu besar mentega sejuk dari peti ais
Cara-Cara :
1. Di dalam mangkuk, ayak tepung, serbuk penaik, baking soda dan garam, ketepikan.
2. Di dalam bekas lain, pukul telur bersama gula dan mentega hingga kembang. Masukkan esen vanilla kemudian diikuti dengan tepung sedikit demi sedikit.
3. Tuangkan separuh susu dan kacau sebati. Kemudian masukkan epal dan tuangkan lagi baki susu sedikit demi sedikit hingga sebati.
4. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan taburkan dengan bahan topping.
5. Cara untuk crumb topping : Satukan gula perang dan tepung kemudian gaulkan bersama mentega sejuk dan serbuk kayu manis hingga menjadi seperti serbuk roti.
6. Bakar di dalam oven yang dipanaskan terlebih dulu pada suhu 170'-180'C selama 18-25 minit atau hingga masak sepenuhnya.
7. Hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment