Rasa kuih ni lebih kurang seperti Badak Berendam (bezanya Badak Berendam ni tidak berkuah) dan
juga seperti Kuih Koci (tapi Kuih Koci yang tidak dibungkus dalam daun pisang)
tetapi rasanya tetap sedap...
KUIH PERMATA ZAMRUD
sumber : FB : grup MAHN @ Mas Cotek...
Bahan Adunan Hijau :
1 1/2 cawan tepung pulut
Inti kelapa secukupnya
sedikit pewarna hijau
sedikit air
-- Bancuh bahan-bahan di atas kecuali inti kelapa hingga menjadi doh seperti hendak membuat onde-onde/buah melaka.
Bahan Adunan Putih :
2 cawan santan kotak KARA
1/2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
1 helai daun pandan - disimpul
secubit garam (anggaran 1/2 sudu teh)
--- Bancuh bahan-bahan di atas kemudian ditapis. Bila dah bancuh dan tapis, masukkan ke dalam kuali, tambahkan daun pandan. Panaskan sekejap menggunakan api perlahan, (panaskan dalam anggaran 5 minit - naik wap sahaja). Jangan pekat untuk memudahkan tuang di dalam acuan nanti.
Cara Penyediaan :
1. Terlebih dahulu, acuan lompang disapu sedikit minyak.
2. Bulat-bulatkan adunan hijau kemudian masukkan inti kelapa seperti membuat kuih koci.
3. Kemudian letakkan bebola hijau tadi ditengah-tengah acuan. Kemudian tuangkan adunan putih. Jangan penuh sangat.
4. Kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak sepenuhnya menggunakan api sederhana.
Info : Inti kelapa boleh ditukar kepada inti kacang merah dan adunan hijau diwarnakan merah jadilah ia Permata Delima...
No comments:
Post a Comment