KEK PISANG

Thursday, December 29, 2016

CUCUR BAWANG RANGUP...










CUCUR BAWANG RANGUP
sumber  :    seripayaku...




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung gandum
1  sudu besar  tepung beras
3  cawan  air  (saya guna 1 1/2 cawan air kerana adunan agak cair)
1  biji  telur  -  dipukul sedikit
1/2  sudu teh  baking powder
2  biji  bawang besar, saiz sederhana *
1  biji  cili merah *
1  biji  cili hijau *
1  pokok  daun sup *  (* dihiris)
1/2  batang  lobak merah  -  disagat  (saya tambah)
1  genggam  ikan bilis  -  dicuci bersih, rendam sekejap & toskan
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam
Sos atau sambal tumis untuk dihidangkan bersama cucur
1  sudu teh  minyak masak  (petua untuk bagi cucur rangup & lembut biarpun ianya dah sejuk)


Cara-Cara :

1.  Dalam satu bekas, masukkan bawang besar, daun sup, cili merah, cili hijau, lobak merah dan ikan bilis.  Tambahkan garam secukup rasa (anggaran 1 sudu teh) dan baking powder.  Gaul rata-rata dan sebati.  Masukkan telur, gaul lagi dan masukkan tepung gandum dan tepung beras.  Kacau rata.

2.  Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis.  Rehatkan sekejap.  Panaskan minyak untuk goreng terendam.  Kacau adunan tadi, sudukan 1 sudu besar penuh dan tuangkan di tepi kuali  (tuang biarkan sebahagiannya jatuh dalam minyak panas).  Buat beberapa cucur bawang untuk sekali goreng dan gorengkan sehingga kuning keemasan.  Angkat dan toskan minyaknya.  Sedia untuk dihidangkan bersama sambal tumis atau sos pilihan.





No comments:

Post a Comment