KEK PISANG

Monday, December 26, 2016

AYAM THAI KARI HIJAU...











AYAM THAI KARI HIJAU
sumber  :    Majalah RASA Disember 2016...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam & gula secukupnya


Bahan Kisar :

2  biji  bawang merah
2  ulas  bawang putih
2  batang  serai
4-5  biji  cili padi
2.5  cm  halia
3  biji  cili hijau


Bahan A :

1  sudu teh  serbuk kunyit
1/2  cawan  santan
1  biji  ubi kentang  -  dipotong 4 atau 6 (saya tambah & rebus hingga empuk)
Sedikit daun limau purut


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga terbit wangi.
2.  Masukkan ayam.  Renehkan sebentar.  Masukkan bahan A.  Masak sehingga kuah pekat dan ayam empuk.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
3.  Tabur sedikit hirisan daun limau purut di atasnya sebagai hirisan.  Sedia dinikmati.


Info :   Boleh juga tabur cili hijau sebagai hiasan.  Ubi kentang direbus hingga empuk agar ianya dapat mempercepatkan ketika dimasukkan ke dalam masakan.

No comments:

Post a Comment