KEK PISANG

Saturday, December 3, 2016

LEMPENG@PANCAKE MILO...










LEMPENG@PANCAKE MILO
sumber  :    resipisheilarusly.com





Bahan-Bahan :

1  biji  telur gred A atau B
1  cawan  tepung gandum  (saya guna tepung kek)
1  cawan  susu cair atau susu segar
3  paket  Milo 3 in 1
3  sudu besar  mentega  -  dicairkan
1  sudu teh  soda bikarbonate
1  sudu teh  baking powder
Secubit garam (optional)


Cara-Cara :

1.  Pecahkan telur ke dalam bekas/mangkuk yang bersesuaian dan kacau.

2.  Masukkan susu, soda bikarbonate, baking powder, tepung, garam (jika guna), Milo 3 in 1 ke dalam mangkuk telur tadi, kacau hingga sebati dan masukkan mentega cair.  (saya blend jer semua menggunakan blender).  Nak guna mixer pun boleh, pastikan ianya sebati.

3.  Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan.  Gunakan non-stick pan bersaiz 3 atau 5 inci atau apa saja yang ada, terpulang pada pilihan.

4.  Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam pan, menggunakan api perlahan ketika memasak pancake.

5.  Bila bahagian atas kelihatan berlubang-lubang bolehlah diterbalikkan.  Jangan dibiarkan lama sangat nanti overcook bahagian bawahnya.  Biarkan sekejap dan terus angkat.

6.  Sedia untuk dihidangkan bersama sos pilihan...


NOTA :  

i)  sekiranya adunan agak cair, tambahkan sedikit tepung..
ii)  tuangkan Hershey Chocolate Syrup atau bancuhkan sepeket Milo 3 in 1 dengan sedikit air panas, tuangkan atas pancake.  Saya juga tambahkan sedikit heavycream untuk lebih pekat dan lemak...

No comments:

Post a Comment