Friday, December 16, 2016
MANGO CREPES...
MANGO CREPES
sumber : Ilham Dapur...
Bahan-Bahan :
1 biji telur - kocok dengan garfu
1 cawan susu segar
1/2 cawan all-purpose flour
1/2 sudu teh esen vanilla
Non-Dairy Whipping Cream secukupnya ATAU
UHT Whipping Cream + sedikit gula dipukul hingga kental
Buah mangga segar secukupnya (resipi asal buah strawberry segar)
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan kecuali whipping cream dan buah mangga dan whisk biar sebati.
2. Panaskan kuali non-stick, pastikan kuali yang tidak melekat langsung, kalau lekat kena sapu mentega sedikit atau boleh masukkan 1 sudu kecil mentega cair ke dalam adunan.
3. Letakkan 1 senduk kecil adunan, buat bulat macam buat kulit kuih ketayap/dadar, tetapi nipis (pegang kuali, lenggangkan kuali biar menjadi nipis).
4. Biarkan permukaan atasnya kering sedikit kemudian terbalikkan dan masak sebelah lagi dalam 10-15 saat, angkat, buat sampai habis.
5. Ambil sekeping crepe, letakkan cream ditengah secukupnya, lipat dan hidangkan bersama buah mangga. Curahkan coklat sirap 'Hershey' sedikit dan taburkan gula icing (jika suka).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment