CUCUR KEMBUNG NESTUM
sumber : majalah...
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar nestum
4-5 sudu besar susu pekat manis
1 cawan air + 2 sudu besar lagi air panas
Sedikit garam
Cara-Cara :
1. Ayak tepung dan satukan dengan nestum, susu dan garam.
2. Tuang air yang baru mendidih ke dalam tepung dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebentar dan bulat-bulatkan.
3. Panaskan minyak dan goreng kerap balik-balikkan untuk mendapatkan hasil yang bulat dan cantik...
No comments:
Post a Comment