Lauk tambahan yang dibeli di pasar tani...
DAGING MASAK HITAM
cookbook : Ruzita's Kitchen...
Bahan-Bahan :
500 gm daging - potong kecil (saya guna daging batang pinang)
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 biji cili merah - hiris
1 biji tomato - potong baji (saya ganti dengan 1 biji tomato - dihiris)
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 biji bawang besar - potong bulat
3 sudu besar minyak masak
Cara Memasak :
1. Daging digaul dengan garam dan masak di atas api perlahan hingga daging empuk dan air kering.
2. Masukkan minyak masak dan gorengkan sekejap.
3. Masukkan bawang merah dan bawang putih, gorengkan hingga bawang layu.
4. Masukkan kicap pekat, kentang, gula dan sos tiram, kacau rata dan masak hingga kentang empuk.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili merah. Masukkan sedikit air jika ianya pekat.
6. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment