Tuesday, December 27, 2016
IKAN SWEET SOUR...
IKAN SWEET SOUR
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
4 keping ikan tenggiri (atau bawal, salmon, siakap ddl.)
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos plum jenama Life
2 labu bawang besar - potong bulat
3 ulas bawang putih - cincang
2 inci halia - hiris
3 biji cili merah atau lada benggala - dihiris memanjang
8 tangkai kacang sepat@snow pea
1 biji tomato - potong dadu
1 sudu besar cuka masakan
Sedikit kiub nenas dalam tin
Garam & gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
Ikan dibersihkan dan dilumur dengan tepung jagung kemudian digoreng hingga garing, ketepikan.
Panaskan periuk. Bubuh kira-kira 2 sudu besar minyak. Bila sudah panas, tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia. Bila naik bau, masukkan air kira-kira satu mug. (Kalau nak kuah banyak, lebihkan air lagi). Biarkan mendidih seketika.
Masukkan sos plum, sos tomato, sos cili diikuti kesemua sayur-sayuran. Kacau dan biarkan sayur-sayuran lembut sedikit. Biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan cili merah. Sesuaikan rasanya.
Kemudian masukkan ikan ke dalam sos dan biarkan mesra seketika. Tutup api dan hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment