Wednesday, December 21, 2016
SERAWA UBI KAYU BERSAGU...
SERAWA UBI KAYU BERSAGU
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
1 ketul ubi kayu - dalam anggaran 500 gm
1 keping gula melaka
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar biji sagu
1/2 cawan gula pasir - dikurangkan atau lebih ikut kemanisan yang disukai
1 helai daun pandan - dicarik & disimpul
secubit garam
Cara-Cara :
1. Kupas ubi kayu dan buangkan serat di bahagian tengahnya. Rebus bersama air dengan sedikit garam sehingga empuk dan toskan. Ketepikan seketika.
2. Di dalam bekas lain, rebus 2 cawan air hingga agak mendidih. Masukkan biji sagu dan kacau hingga biji sagu kembang.
3. Masukkan gula pasir, daun pandan dan gula merah ke dalam periuk tadi. Masak lagi hingga mendidih.
4. Tuangkan pula santan pekat serta secubit garam, kacau hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan ubi kayu yang telah direbus tadi dan masak sebentar.
6. Sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment