Tuesday, December 13, 2016
KUIH GULUNG...
KUIH GULUNG@KUIH KETAYAP
sumber : hanieliza...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan jus pandan (7 helai daun pandan dikisar)
1/2 cawan santan ataupun susu segar
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil garam
Bahan Inti :
1 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
Cara-Cara :
1. Bagi membuat inti : masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau hingga sebati dan lembab. Angkat dan sejukkan.
3. Bagi membuat kulitnya : masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan.
4. Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. (saya guna kuali non-stick).
5. Tuangkan satu senduk adunan ini dan lenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis.
6. Apabila masak, angkat dan letakkan ke dalam pinggan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Lipatkan di bahagian kiri dan kanan, kemudian gulung dengan kemas.
9. Lakukan hingga selesai dan hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment