Thursday, December 1, 2016
KUIH DADAR/KETAYAP BERCORAK...
KUIH DADAR@KETAYAP
INTI KELAPA VERSI BERCORAK
oleh : zaralovebaking...
Bahan Kulit :
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/susu cair
1/2 cawan air
1 biji telur gred A/B
1/2 sudu teh garam
Sedikit minyak masak (anggaran 1 sudu teh)
Pewarna pilihan (saya guna merah & kuning)
Bahan Inti Kelapa :
1/2 biji kelapa parut
1/4 cawan gula melaka/gula nipah/gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara :
1. Untuk Inti Kelapa : Gaulkan kesemua bahan-bahan inti di dalam kuali dan masak di atas api sederhana. Kacaukan inti hingga melekit/lembab dan separa kering. Angkat, sejukkan dan ketepikan.
2. Untuk kulit ketayap : Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapis. Asingkan sedikit adunan dan letakkan pewarna pilihan. Bakinya boleh dibiarkan plain atau diwarnakan juga.
3. Panaskan kuali leper (sebaiknya non-stick pan), (saya guna pan bersaiz 8 inci untuk mendapatkan kuih yang sama saiz), sapu rata dengan sedikit minyak.
4. Buat corak ikut citarasa, mula buat corak jalur atau polka dot (warna merah), biarkan seketika kemudian tuangkan sesenduk adunan warna kuning dan lenggangkan kuali supaya adunan rata membulat dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan. (tidak perlu diterbalikkan).
5. Ambil sekeping kulit ketayap, letakkan sedikit inti ditengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan. Kemudian gulung hingga kemas. Buat hingga habis.
6. Sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment