Sunday, December 11, 2016
CUCUR PISANG...
CUCUR PISANG
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
5 biji pisang berangan masak ranum - dilecek
5 sudu besar gula kastor
1/4 sudu teh baking powder *
1/4 sudu teh soda bikarbonate *
1 1/2 cawan tepung gandum * ( * disatukan & diayak)
Air secukupnya, jika perlu
Secubit garam
Minyak masak secukupnya untuk gorengan terendam
Cara-Cara :
1. Di dalam mangkuk, pisang dilecek bersama gula.
2. Masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan sedikit air jika adunan agak kering (masih kelihatan ada tepung), kacau sebati.
4. Panaskan minyak secukupnya.
5. Sudukan adunan ke dalam minyak panas
6. Goreng hingga masak atau hingga warnanya perap gelap.
7. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment